TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Monday, July 26, 2010

SIAPA PENIPU DI ANTARA MUFTI HARUSSANI DAN DR HASSAN ALI ?




Sukar untuk menilai tahap kesetiaan Dr Hassan Ali dalam berpolitik terutamanya dalam kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apabila ditimbulkan isu "kerajaan perpaduang", isu "kerjasama UMNO PAS", isu "pertemuan UMNO PAS", isu "pertemuan dengan bloggers UMNO" dan isu isu yang sewaktu dengannya, pasti akan ada penglibatan Dr Hassan Ali.

Yang terkini, isu bertemu dengan Mufti Harussani yang kononnya diadakan atas paltform kerja dan tanggungjawab seorang Exco yang bertanggungjawab di atas hal ehwal Islam di Selangor.

Mufti Harussani menyanyikan rentak yang tersendiri manakala Dr Hassan Ali juga mempunyai rentak lagunya yang juga tersendiri sedangkan kedua duanya menyanyikan lagu yang mempunyai tajuk yang sama iaitu "Kita Bertemu".

Rentak siapa yang betul? Mufti Harussani atau Dr Hassan Ali?

Mufti Harussani tetap mempertahankan bahawa beliau tidak menipu dan Dr Hassan Ali pula tetap mempertahankan bahawa beliau bertemu bukan untuk membincangkan perpaduan UMNO PAS. Jadi, siapakah yang menipu?

Jawapannya, yang menipu itu adalah UMNO dan suku sakatnya iaitu mufti yang bersekongkol dengannya dan Exco yang begitu gila bayang dengannya.

Muhasabahlah wahai insan......

Friday, July 23, 2010

IBRAHIM ALI SEMAKIN HILANG AKAL



Ibrahim Ali mencadangkan pembubaran UMNO dan PAS jika kedua dua parti ini gagal membentuk kerjasama bagi menyatu padukan Melayu.

Sukar untuk kita baca pemikiran makhluk yang bernama Ibrahim Ali. Ibrahim itu indah. Ali itu juga indah. Malangnya, Ibrahim Ali tidak seindah namanya.

Siapa Ibrahim Ali untuk bercakap soal perpaduan Melayu? Dia adalah makhluk perosak di dalam UMNo dahulu. Dia juga makhluk perosak ketika menumpang di atas anak tangga milik PAS. Terkini, beliau juga yang menjadi makhluk prosak di dalam Dewan Rakyat.

Jika dibubarkan UMNO dan PAS, Ibrahim Ali mencadangkan diwujudkan satu parti baru yang berteraskan Islam dan nasionalisme Melayu.

Ketara benar betapa buta hatinya Ibrahim Ali. Minyak dan air boleh didekatkan tetapi tidak mungkin disatukan. Islam dan nasionalisme Melayu ibarat dua garis selari yang jalan beriringan dan tidak mungkin bertemu sampai bila bila pun.

Nampak sangat Ibrahim Ali cuba untuk mengambil kesempatan di atas suasana politik yang ada kini. Namun, wajib kita menyedari perangkap Ibrahim Ali kerana kita sudah terlalu faham sepak terajang politik makhluk yang bernama Ibrahim Ali ini.

Penyatuan dan perpaduan hanya akan dapat dicapai hanya dengan Islam dan berpandukan Islam. Tidak ada semangat nasionalisme yang mampu menyatukan semua bangsa.

Perpaduan yang kita inginkan adalah perpaduan bangsa Malaysia dan bukannya perpaduan Melayu sahaja dan perpaduan nasuional itu hanya akan dapat dicapai dengan Islam sebagai asas dan panduannya.

Ibrahim Ali...pergi jahanam dengan idea gampang lu tuh.

Muhasabahlah wahai insan......

Thursday, July 22, 2010

UMNO SUDAH KUAT : JADI APA PERLUNYA UNTUK TERHEGEH HEGEH MEMIKAT PAS ?




Najib Tun Razak kata ahli UMNO sudah mencecah 3.2 juta orang dan ini membuktikan UMNO sudah sangat kukuh dan kuat. Selain itu, angka itu juga membuktikan betapa salahnya dakwaan pembangkang yang sering menyebutkan bahawa rakyat benci dan meluat kepada UMNO.


Persoalan Pertama
Jika UMNO sudah kukuh dan kuat, apa motifnya untuk UMNO bersungguh sungguh memikat PAS dan meruntuhkan Pakatan Rakyat? Logik.

Persoalan Kedua
Pihak yang menang dan kuat mana mungkin menawarkan gencatan senjata kepada musuh yang sudah nyawa nyawa ikan. Jadi, yang kuat itu sebenarnya siapa? UMNO atau musuh UMNO? Yang nyawa nyawa ikan itu pula siapa? UMNO atau musuh UMNO? Logik.

Persoalan Ketiga
Memiliki ahli seramai 3.2 juta orang. Ini kelakar bulan merdeka 2010. Are you sure 3.2 million membership? Mungkin setelah dicampurkan dengan ahli yang sudah meninggal dunia, ahli yang sudah lompat parti, ahli ahli hantu, Myanmar, Pakistan, Filipina dan sebagainya barulah bertemu dengan angka 3.2 juta orang yang disebutkan itu.


Renungan
Ibarat artis yang mengaku "rumahtangga kami tidak bermasalah dan kami tetap bahagia" tetapi seminggu selepas mengeluarkan kenyataan tersebut gegak gempita bercerai berai menangis seantero Malaya. Begitu jugalah UMNO. Tak pasal pasal mengaku kuat sedangkan orang tak kata apa pun. Nak cover malulah tu. Dah tak lamalah tu.

Wednesday, July 21, 2010

ADA PEMIMPIN PAS YANG MACAM KAKAKTUA




Pedih dan letih. Itulah gambaran perasan ini selepas meneliti baris demi baris ulasan ulasan berkaitan agenda jahat penyatuan UMNO dan PAS baik daripada pemimpin UMNO, pencacai UMNO, keldai keldai tunggangan UMNO mahupun komen komen beberapa pemimpin PAS yang masih belum habis kenakalannya sejak lagu Kerajaan Perpaduan dinyanyikan dulu.

Islam mengajar kita untuk memberikan keadilan kepada semua pihak hatta kepada tumbuh-tumbuhan sekalipun. Islam tidak pernah mengajar kita untuk menaikkan sesuatu bangsa melebihi bangsa yang lain. Islam tidak pernah menganjurkan sesuatu bangsa itu lebih mulia kedudukannya berbanding bangsa yang lain.

Islam mengajar kita untuk menjadi adil dan tegas dalam setiap hal dalam kehidupan kita. Islam mengajar kita "MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN ORANG ORANG YANG BERSAMA SAMA DENGANNYA ADALAH ORANG ORANG YANG TEGAS KEPADA GOLONGAN YANG ENGKAR DAN BERKASIH SAYANG SESAMA GOLONGAN YANG BERSETUJU DI KALANGAN MEREKA".

Ertinya, pengkelasan itu sudah jelas. Tegas kepada golongan yang engkar dan lembut dengan golongan yang tunduk.

UMNO telah lama engkar dan akan terus menerus engkar. Terlalu banyak bukti yang boleh dijadikan hujah betapa engkarnya UMNO terhadap Islam walaupun rata rata ahli UMNO itu mempunyai nama bercirikan Arab. Keengkaran UMNO kepada Islam tidak pernah kunjung padam.

Jika ada yang berpandangan bahawa pertemuan dengan UMNO itu suatu kerja dakwah, wajarlah untuk orang yang berpandangan sebegini merenung sejarah Yahudi Madinah untuk diambil iktibar daripadanya. Adakah tindakan Rasulullah saw menghukum Yahudi Madinah itu boleh dianggap sebagai mengenepikan kerja dakwah?

Kenapa masih ramai pemimpin PAS yang sanggup menjadi jurucakap UMNO dalam mengutarakan idea idea jahat UMNO? Kenapa mereka tidak mahu mengeluarkan idea idea mereka sendiri sebelum UMNO bersuara? Kenapa lebih selesa mengeluarkan pandangan selepas UMNO membuka mulut? Apa beza diantara mereka mereka ini dengan Mufti Harussani? Sama sahaja. Mengeluarkan pandangan apabila timbul kekeliruan dan pandangan mereka itu akan membuatkan kekeliruan itu makin mengelirukan.

Muhasabahlah wahai insan......

NASIHAT BUAT PAS : JAUHILAH PERJUANGAN MATI PUCUK




Sedih apabila menyaksikan sikap dan perilaku ahli dan pimpinan PAS yang ada pada hari ini. Politik tidak lagi menjadi sebahagian daripada dakwah tetapi dakwah itu telah bertukar menjadi sebahagian daripada politik.

Kenapa begitu? Kerana kegagalan untuk menghidupkan sistem tarbiyyah haraki yang dulunya menjadi tunjang kekuatan PAS. Itu yang pertama.

Yang kedua, kegagalan pimpinan dan ahli PAS untuk mendidik jiwa bahawa perjuangan ini adalah jihad fi sabilillah dan bukan sekadar perjuangan dunia sahaja.

Ramai yang mampu menyebut "kita berjuang kerana Allah swt", namun berapa ramaikah yang memahami konsep "kerana Allah swt" itu? Menghayati dan mengamalkan tidaklah semudah menyebutkan. Begitu juga menyebutkan belum bererti sudah menghayati dan sudah mengamalkan.

Ramai di kalangan kita iaitu ahli dan pimpinan PAS berjuang demi tembolok sendiri. Termasuk juga bloggers tertentu. Berjuang demi keinginan "tuan" dan bukan lagi berjuang demi keredhaan Allah swt.

Ini membawa erti perjuangan yang sewajibnya kita pelihara kemurniannya telah dicemari oleh unsur unsur kemunafikan yang kotor yang bersumberkan diri kita sendiri.

Wujudnya kem kem tertentu dalam PAS adalah bukti betapa jauhnya kita daripada keredhaan Allah swt dan betapa dekatnya kita dengan lubang lubang kemunafikan itu.

Ahli bawahan berjuang untuk menaikkan pemimpin tertentu. Pemimpin tertentu berjuang untuk menduduki jawatan tertentu atau sekurang kurangnya untuk menjadi calon YB. Bloggers tertentu pula berjuang untuk menaikkan individu tertentu walaupun terpaksa menikam Mursyid al -'Am dan menikam bloggers yang lain.

Semua fenomena ini memang berlaku secara langsung di dalam PAS secara disedari oleh semua pihak. Namun, kerana rapuhnya pemahaman haraki membuatkan semua pihak hanya memandang sahaja dan langsung tidak bersuara. Bukan kerana tidak berani bersuara tetapi kerana tidak tahu apa yang perlu disuarakan. Perjuangan mati pucuk.

Akibat daripada hilangnya kefahaman haraki, maka terjadilah perjuangan tanpa halatuju walaupun halatuju itu ada tetapi hanya di atas kertas sahaja. Perlaksanaannya hancur. Berseminarlah. Berforumlah. Bermuzakarahlah. Selagi mana "lillaahi ta'ala" itu tidak dijadikan sebahagian daripada aqidah maka seminar akan tinggal seminar, forum akan tinggal forum dan muzakarah akan tinggal muzakarah.

Lihat sahaja kepada idea jahat UMNO yang mahukan PAS duduk bersama UMNO kononnya bagi menyatukan Melayu dan menguatkan Islam.

Seharusnya kita mengulang sebut pandangan Mursyid al - 'Am dan bukannya sibuk dengan butir bicara kita sendiri. Lebih malang lagi apabila ada di kalangan kita sendiri yang menyanggah pandangan Mursyid al - 'Am yang kita kasihi itu.

Perkara sebegini wajib diatasi dan diselesaikan oleh PAS jika PAS mahu melihat PAS terus tegak berdiri sebagai sebuah Gerakan Islam tetapi PAS boleh memilih untuk berdiam diri dalam soal ini jika PAS mahu dilihat sebagai sebuah parti politik semata mata.

PAS sibuk mencari ahli baru supaya keahlian PAS mencecah angka juta tetapi dalam masa yang sama juga amatlah perlu bagi PAS untuk mentarbiyyah ahli sedia ada supaya mereka menjadi kader kader yang mampu berada di barisan hadapan untuk menegakkan kalimah Allah swt di bumi Malaysia.

Jika gagal, bererti PAS bukan melahirkan kader kader tetapi melahirkan pandir pandir yang hanya tahu menikam tetapi tidak tahu merawat luka tikaman. Pandir pandir ini hanya berani menikam sesama sendiri tanpa mempedulikan bedilan musuh yang datang bertubi tubi.

Jauhilah perjuangan mati pucuk kerana perjuangan sebegitu hanya akan membuatkan PAS menjadi lebih rendah martabatnya berbanding UMNO.

Muhasabahlah wahai insan......

Monday, July 19, 2010

BUDAK EZAM KATA TGNA BUKAN PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR : AT LEAST BETTER THAN YOU YANG SAKIT JIWA



Ezam si pemungut kotak yang telah mendapat takhta itu meludah lagi. Kali ini kahak busuk miliknya diludahkan ke arah TGNA.

Katanya TGNA bukanlah pemimpin yang berjiwa besar kerana lebih mementingkan survival politik sendiri berbanding survival ummah. Pada Ezam, ummah itu adalah Melayu dan Melayu itu adalah ummah.

Entah siapalah yang mengajar Ezam dengan pandangan seperti tidak bersekolah ini.

Juga seperti Mufti Harussani, Ezam juga tidak perlu kita pedulikan kerana siapalah beliau di dalam perjuangan rakyat melainkan seorang pengkhianat yang akan dikenang sehingga kiamat.

Beliau memang diketahui suka meludah merata rata dan ramai sekali pemimpin UMNO yang beliau palitkan kahak ketika mana beliau berkubang di gelanggang perjuangan dahulu. Sekarang, kita berikan sahaja peluang kepada mamat pemungut kotak nih untuk menjilat semula kahak dan air liur basi yang beliau palitkan kepada UMNO suatu ketika dahulu.

Sabarlah wahai rakan seperjuangan sekalian kerana giliran untuk Ezam menjilat kembali kahak hijau miliknya yang beliau palitkan kepada kita pasti akan tiba jua akhirnya.

Muhasabahlah wahai insan......

HARUSSANI : KUDA BELANG DALAM KELOMPOK KUDA HITAM



Mufti Harussani yang diketahui umum mempunyai pemikiran yang celaru bersuara lagi. Seperti mana kebiasaan yang diamalkannya, beliau tetap mahu menjadikan dirinya sebagai talian hayat untuk survival UMNO yang sudah retak menanti belah itu.

Kali ini beliau menawarkan (baca sebagai melacurkan) dirinya untuk menjadi orang tengah dalam pertemuan di antara UMNO dan PAS. Katanya, ada wakil PAS telah bertemu beliau dan mahu beliau memainkan peranan tersebut.

Menurut pandangan beliau kuasa Melayu akan terhakis selepas PRU Ke 13 sekiranya UMNO dan PAS gagal disatukan.

Persoalan Pertama
Yang terhakis itu sebenarnya kuasa Melayu atau kuasa UMNO?

Persoalan Kedua
Setelah lebih 50 tahun merdeka, adakah masih perlu untuk kita berbicara soal ketuanan Melayu?

Persoalan Ketiga
Yang mana lebih mendatangkan faedah dari sudut jangka panjang di antara Perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam?

Persoalan Keempat
Kenapa Mufti Harussani memilih untuk berada bersama sama dengan kelompok kuda hitam berbanding kelompok kuda putih?

Persoalan Kelima
Adakah Mufti Harussani itu seekor kuda belang yang nampak putih jika berada bersama kelompok kuda hitam dan hilang putihnya dan terserlah hitamnya jika bersama kelompok kuda putih?

Kita tidak perlu mengulas panjang tentang si kuda belang ini kerana beliau sendiri yang memilih untuk berada dengan kelompok kuda hitam. Tepuk dada tanya iman.

Muhasabahlah wahai insan......

Thursday, July 15, 2010

KERJASAMA UMNO - PAS : GILA TALAK ATAU GILA BABI ??



UMNO masih menyanyikan lagu "Kerajaan Perpaduan" walaupun kali ini UMNO memilih untuk berselindung di sebalik retorik "Perpaduan Melayu Atas Nama Islam".

Sejak isu ini dimainkan oleh media cetak dan media elektronik, secara jelas kita dapat menyaksikan betapa bercelarunya pemikiran UMNO dan betapa tidak sekatanya pimpinan UMNO.

PERTAMA
Shafie Apdal kata PAS sesat.

KEDUA
Lokman Nor Adam kata PAS lebih mudah melaksanakan Hudud jika bersama dengan UMNO dan Hudud sukar untuk dilaksanakan jika PAS bersama dengan PKR dan DAP.

KETIGA
Muhyiddin kata UMNO dan PAS perlu bekerjasama atas nama Islam demi perpaduan Melayu.

KEEMPAT
Najib kata tidak perlu kerjasama kerana UMNO masih kuat dan utuh.

Jelas terbukti bahawa UMNO sedang dilanda penyakit nyanyuk tahap kritikal dan hanya dua sahaja ubat yang mampu merawat kenyanyukan UMNO itu iaitu pil BUBARKAN UMNO yang dimiliki oleh ahli UMNO dan pil KUBURKAN UMNO yang dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia.


PERSOALAN PERTAMA
Jika UMNO kuat, kenapa suara suara sumbang yang mengutarakan kerjasama UMNO - PAS itu datangnya daripada UMNO?

PERSOALAN KEDUA
Jika UMNO kuat dan teguh bersama dengan sokongan dan dokongan media cetak dan media elektronik, kenapa enggan perbaharui permit penerbitan akhbar suara pembangkang?

PERSOALAN KETIGA
Perpaduan tidak pernah wujud di dalam UMNO. Jadi, bagaimana mungkin perpaduan itu akan wujud bersama sama dengan UMNO? Jika sesama UMNO pun berselinting lengan, apatah lagi jika dengan PAS.


RENUNGAN PERTAMA
Orang yang beriman tidak akan disengat oleh serangga yang sama yang tinggal di lubang yang sama sebanyak dua kali.

RENUNGAN KEDUA
Bukan sekali dua UMNO menyengat PAS.

RENUNGAN KETIGA
Kita menyokong PAS bukan kerana namanya PAS tetapi kerana dasar Islam yang dibawa, didokong dan dipertahankan oleh PAS.

RENUNGAN KEEMPAT
Kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana dasar sekularisme yang diimani oleh UMNO.

RENUNGAN KELIMA
Perpaduan hanya akan wujud atas nama Islam dan bukan atas nama Melayu.

RENUNGAN KEENAM
Cukup cukuplah wahai UMNO dan berhentilah wahai ahli Kelab Penyokong UMNO yang berada di dalam PAS.

Apa apa pun, jawapan pancung TG Hj Nik Aziz membuatkan UMNO terkedu. Kerjasama hanya akan wujud dan menjadi nyata jika UMNO tukar dasar kepada Islam. Mudah bunyinya tetapi terlalu berat untuk UMNO penuhi.

Hasilnya, bermimpi di siang hari lagilah UMNO dan wakil wakil UMNO yang berada di dalam PAS. Menggigit jari lagilah pimpinan PAS yang tidak sabar mahu menjadi Menteri.

Muhasabahlah wahai insan......

Tuesday, July 13, 2010

PKR : BERJUANGLAH SECARA BERMARUAH

Rakyat begitu bersemangat mahu menumbangkan BN khususnya UMNO yang selama ini menjadi duri dalam daging keharmonian kamu di Malaysia.

Rakyat begitu bersemangat mahu melihat berdirinya bangsa Malaysia tanpa perlu ada sedikit pun rasa prejudis terhadap kaum lain.

Rakyat begitu bersemangat mahu melihat nilai nilai keagamaan, adat dan budaya setiap kaum itu dihormati.

Biar berbeza agama. Biar berbeza warna kulit. Biar berbeza ras keturunan. Yang penting, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Yang susah, dibantu. Yang senang, dididik untuk memimpin kehidupan yang susah.

Bertitik tolak di atas perasaan dan naluri sebegitulah maka rakyat bangkit dan menumbangkan BN. Tidak kira siapa yang menjadi calon. Tidak kira parti apa yang bertanding. Rakyat pasti menolak BN.

Kemenangan dicapai dengan penuh kegemilangan. BN seperti hilang arah dalam menelan kepahitan kekalahan. Luka dihati BN bertukar menjadi lara yang bertimpa timpa apabila turut menerima kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pilihanraya kecil.

Malangnya, kemenangan yang dicapai akhirnya menjadi satu ujian jatidiri yang gagal apabila beberapa kerat "pemimpin" yang tiada jatidiri menjadikan maruah diri dan maruah perjuangan mereka lebih hina daripada perkara yang paling hina.

Mereka melacurkan jatidiri mereka. Mereka melacurkan maruah diri mereka. Mereka melacurkan maruah perjuangan mereka. Sehingga kiamat mereka akan dikenang sebagai pengkhianat rakyat walaupun mereka dengan penuh "keinsafan" (baca sebagai muka toya) mengumumkan mereka tersalah memilih jalan dalam memperjuangkan amanah rakyat.

Cukuplah wahai sesumpah. Rakyat sudah muak dengan gelagat anda. Elok sahaja parti anda dilelong seperti mana Semangat 46 pernah dilelong suatu ketika dulu. Luka di hati rakyat semakin parah kerana apabila ada yang melompat, pasti dari parti anda. Jika ada yang umum keluar parti, pasti dari parti anda. Jika ada yang umum mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas, maka pasti juga dari parti anda.

Sampai bila? Jangan sampai rakyat menyembelih Pakatan Rakyat kerana bencikan parti anda sebagaimana rakyat menyembelih BN kerana bencikan UMNO.

Binalah jatidiri penuh maruah di dalam jiwa pimpinan pelbagai peringkat di dalam parti anda supaya luka yang semakin parah itu menjadi sembuh sebelum rakyat mengambil keputusan untuk bangkit menentang anda.

PKR....berubahlah. Hentikanlah politik publisiti yang anda imani itu kerana semakin kuat berkokok semakin berbau najis sendiri. Jangan dihebohkan najis dipunggng orang lain jika punggong sendiri pun najis bertempek tempek.

Ingat..anda bukan lagi UMNO. Kini anda adalah PKR. Buang jauh perangai dan sikap anda ketika anda berada di dalam UMNO dahulu supaya PKR tidak menjadi UMNO di dalam Pakatan Rakyat.

Muhasabahlah wahai insan......

Monday, July 12, 2010

DR ASRI : RENUNGAN BUAT PAS



Akhbar hari ini membicarakan perihal kebarangkalian Dr Asri Zainal Abidin menyertai UMNO. Dalam masa yang sama, akhbar yang sama juga menyiarkan penafian Dr Asri Zainal Abidin berkaitan khabar angin tersebut.

Antara hujah beliau ialah beliau kenal rapat dengan almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, mantan Presiden PAS.

Pada penulis, masuk UMNO pun masuklah. Tak masuk UMNO pun tak masuklah. Masuk PAS pun masuklah. Tak masuk PAS pun tidak mengapa.

Fenomena kebanjiran tokoh dalam jemaah amatlah perlu diberikan perhatian oleh pimpinan. Tokoh tokoh ini kebiasaannya membina ketokohan masing masing di luar jemaah.

Apabila menyertai jemaah, mereka kerap kali gagal mengikut aturan aturan yang ada di dalam jemaah. Mereka kerap kali membina jemaah dalam jemaah dan ini sangat tidak baik kepada jemaah dari sudut jangka panjang.

Apa yang mahu penulis lontarkan di sini adalah betapa perlunya untuk PAS mempunyai suatu institut pemikir yang mampu "menjemaahkan" pemikiran setiap kader kadernya tidak kira ahli biasa mahupun pimpinan atasan supaya yang terkeluar daripada mulut mereka itu hanyalah pendirian dan pandangan jemaah dan bukannya pandangan mahupun pendirian peribadi yang mahu "dijemaahkan".

Muhasabahlah wahai insan......

Friday, July 9, 2010

APABILA BABI MENGGELAR TAPIR DENGAN PANGGILAN BABI



Isu sesat menyesatkan atau dahulunya disebutkan sebagai isu kafir mengkafir telah kembali dinyanyikan oleh beberapa orang pemimpin politik dari kalangan UMNO dan PAS.

Isu ini timbul semula selepas kegatalan mulut Shafie Afdal gagal dibendung. Tambahan pula, kegatalan yang dihidapi beliau itu digaru pula secara manja oleh Mahfuz Omar. Maka, semakin mengelejatlah jadinya. Macam cacing kepanasan sahaja lagaknya.

Penulis sangat bersetuju isu ini diperbincangkan secara ilmiah dan secara terbuka supaya salah faham yang timbul dapat dicarikan penyelesaiannya.

Masyarakat akan terus menerus keliru jika Shafie Afdal yang menuduh dan Mahfuz Omar yang menjawab kerana kedua duanya bukanlah "insan berautoriti" dalam bidang agama walaupun penulis meyakini Mahfuz Omar jauh lebih memahami berbanding Shafie Afdal.

Elok sekali jika ulama ulama UMNO yang berkubu di JAKIM, JAWI, YADIM dan sebagainya serta ulama Pro PAS yang berkubu di pondok pondok tampil ke hadapan dan bertemu di medan bagi mencari jalan untuk menguraikan kekusutan yang telah lama mencelarukan pemikiran umat Islam di Malaysia ini.

Apabila babi menyebut "BABI KAU" kepada tapir......

Muhasabahlah wahai insan......

MASIH MENCARI HALATUJU ATAU MAKIN TERHAKIS HARGA DIRI ?



Jika diperhatikan, keadaan Pakatan Rakyat saat ini umpama retak menanti belah, sokong menanti rebah.

Jika ditelitikan coretan coretan nakal di media arus perdana dan difahami minda beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, dendam kesumat lama itu seperti tidak berkesudahan.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lebih gemar menyerang sesama sendiri berbanding berganding bahu menyerang pihak lawan.

Lebih gemar mendedahkan kelemahan rakan berbanding mendedahkan kebejatan dan kepincangan parti lawan.

Lebih berbangga menyembelih kuda perang milik sendiri berbanding membedil serigala serigala milik musuh yang kelaparan.

BN hanya perlu mencucuk beberapa kerat pimpinan PAS apabila timbul isu isu yang melibatkan kepentingan Melayu dan tanpa disuruh pimpinan PAS ini akan segera bersilat menghamburkan jampi serapah bagi pihak UMNO tanpa beliau sedari.

begitu juga, BN hanya perlu mencucuk menggeletek pinggang beberapa kerat pimpinan DAP apabila timbul isu isu yang melibatkan kepentingan bukan Melayu dan tanpa disuruh pimpinan DAP tadi akan membuka langkah bagi pihak UMNO tanpa beliau sedari.

Kenapa terjadi begitu?

Adakah kerana terlalu lama menjadi pembangkang sehinggakan tiada lagi kata "sokong" di dalam benak fikiran mereka? Atau memang fikiran mereka itu benak?

Adakah kerana belum bersedia untuk menjadi kerajaan sehinggakan begitu sukar mahu mencuci minda "pembangkang" yang ditanam sejak dahulukala?

Adakah kerana masih teruja dengan kemenangan besar yang tidak disangka sangka sehinggakan "merak buih" hidup sihat di dalam diri?

Adakah kerana gagal dalam menghadapi ujian kemenangan yang Allah swt ujikan ke atas keimanan?

Adakah kerana era sekarang sudah bukan lagi era milik pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat?

Tepuk dada tanya iman.

Pucuk muda perlu diberikan peluang untuk berkembang kerana dedaun yang tua pasti gugur ke bumi. Penulis mengakui bahawa sememangnya terdapat pimpinan Pakatan Rakyat yang evergreen sifatnya seperti Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi tetapi ke-evergreen-an mereka ini lebih dicemari ke-evergreedy-an beberapa kerat pemimpin tertentu yang boleh diibaratkan sebagai kemuncup dalam perjuangan.

Pantang ditanya oleh wartawan, maka pasti akan memberikan hujah yang tanpa disedari hujah hujah itu bukan sahaja bersifat syok sendiri teapi juga turut memakan diri. Tidak bijak walaupun ijazah berkajang kajang.

Susah sangatkan untuk Pakatan Rakyat mewujudkan suatu watak jurucakap yang akan bercakap kepada media untuk menjawab setiap isu? Sampai bila Pakatan Rakyat mahu menggunakan penyapu buruk untuk menyabu debu debu cemar yang berterbangan dan hinggap di sana sini?

Fikirkankah. Rakyat menderita berjuang demi mencari sebuah kemenangan. Malangnya, pimpinan yang dipilih gagal untuk mengisi kemenangan yang dicapai. Maniskah kemenangan itu? Tidak. Pahitnya terasa sehingga ke tulang sumsum. Memang pedih jika ditikam musuh. Pedih lagi jika ditikam saudara sendiri.

Muhasabahlah wahai insan......