TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Thursday, November 4, 2010

PAKATAN TERUTAMANYA PAS WAJIB MUHASABAH BERMULA DARIPADA KEPALA SAMPAI KE EKOR


Tahniah kepada semua petugas Pakatan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun kemenangan di pihak musuh tetapi anda semua tetap berhak untuk dihargai. Anda meninggalkan keluarga, makan dan rehat semata mata untuk jihad ini. Pedulikan sesetengah pimpinan yang gagal memahami pengorbanan anda. Win the battle doesn't mean win the war. Let choose to win the war....


Jangan sesekali dikesali kekalahan ini. Kemenangan adalah ujian. Begitu juga dengan kekalahan. Terima dengan penuh keinsafan. Jika kita yakin sepenuhnya dengan kekuasaan Allah swt kita pasti tidak akan melatah. SPR memang berat sebelah. Manakala UMNO pula memang rasuah. Itu telah kita ketahui sejak dulu.


Sedihnya, kita melupakan faktor diri kita sendiri. Kita lupa memuhasabah diri kita sendiri. Muhasabahlah wahai teman teman dan pimpinan yang dikasihi. PAS adalah Gerakan Islam. Jangan jadikan PAS sebuah parti politik semata mata.

Tubuh yang tidak lagi bertenaga itu memberikan komitmen penuh di Galas. Keletihan terbayang di wajahnya. Dalam masa yang sama kesungguhan juga terukir di wajahnya. Bagaimanakah perasaannya ketika ini? Ya Allah.......

1 comment:

  1. Salam...
    Ana nak minta tolong anta kerana ana tak mampu nak menyelesaikannya..

    Seorang pengkomen meminta tolong ana... sila baca di

    http://manjongmari.blogspot.com/2010/06/khas-buat-nazir-masjid-negeri-selangor.html

    Pengkomen ni juga rupanya seorang bloger...

    http://nazir-arrahman.blogspot.com/

    Mungkin anta ada kemampuan untuk membantunya...

    Terimakasih...

    ReplyDelete