TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Sunday, December 19, 2010

MOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM "KAMI PRIHATIN" KE KAMPUNG ORANG ASLI POS SUNGAI PELANTOK



Assalamu alaikum......

Program "Kami Prihatin" Ke Perkampungan Orang Asli Pos Sungai Pelantok Sungai Siput akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29 - 30 Januari 2011
Hari : Sabtu - Ahad
Anjuran : Volunteers KL
Hubungi : 017 287 2398 Ahmad atau 010 225 4088 Azlan

Tajaan barangan dapur amat diharapkan. Satu set barangan dapur merangkumi beras 5kg, gula 1kg, tepung 1kg, sardin 2 tin, mee segera 1 dozen, sabun mandi 3 ketul dan serbuk pencuci = RM60.

Barangan dapur ini akan diagihkan kepada semua rumah yang terdapat di perkampungan tersebut yang dianggarkan berjumlah hampir 90 buah rumah.

SUMBANGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI

Friday, December 17, 2010

PERGI JAHANAM SAMA KETUANAN YANG KORANG CANANGKAN !!



Ada orang kata Ketuanan Islam tak sesuai sebab Islam bukan untuk dijadikan tuan tetapi Allah swt itulah yang menjadi Tuan. Tetapi dia kata Ketuanan Melayu tuh sesuai untuk masyarakat Malaysia berdasarkan konsep kemasyarakatan semasa. Whateverlah.

Ketuanan Melayu adalah Ketuanan Sultan dan bukannya Ketuanan UMNO. Bangang. Islam tidak mengizinkan suatu bangsa untuk berada di atas bangsa yang lain atas nama bangsa.

Islam ajar - semua manusia dijadikan daripada tanah dan akan kembali kpd tanah apabila maut datang menjemput - semua manusia akan dibangunkan di Mahsyar walau siapa pun dia - semua manusia akan dimasukkan ke neraka/syurga walau siapa pun dia berdasarkan amalan masing masing di dunia. So?

Tuntutan hukum Islam tidak ada pengecualian ke atas sesiapa pun. Yang mulia di sisi Allah swt adalah mereka mereka yang sedar diri bahawa dirinya hamba kepada Allah swt. Hebat di dunia bukan bererti hebat di akhirat.

Aku tak pedulu saper Tuan. Pada aku, apa yang penting adalah hidup secara berTuhan dan bukannya berTuan.

Tetap menjadi sajian ulat dan cacing jika hidup sombong di atas muka bumi.

La-een syakartom la-aziidannakom wa la-een kafartom inna 'azaabi laa syadeed.