TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Friday, December 17, 2010

PERGI JAHANAM SAMA KETUANAN YANG KORANG CANANGKAN !!



Ada orang kata Ketuanan Islam tak sesuai sebab Islam bukan untuk dijadikan tuan tetapi Allah swt itulah yang menjadi Tuan. Tetapi dia kata Ketuanan Melayu tuh sesuai untuk masyarakat Malaysia berdasarkan konsep kemasyarakatan semasa. Whateverlah.

Ketuanan Melayu adalah Ketuanan Sultan dan bukannya Ketuanan UMNO. Bangang. Islam tidak mengizinkan suatu bangsa untuk berada di atas bangsa yang lain atas nama bangsa.

Islam ajar - semua manusia dijadikan daripada tanah dan akan kembali kpd tanah apabila maut datang menjemput - semua manusia akan dibangunkan di Mahsyar walau siapa pun dia - semua manusia akan dimasukkan ke neraka/syurga walau siapa pun dia berdasarkan amalan masing masing di dunia. So?

Tuntutan hukum Islam tidak ada pengecualian ke atas sesiapa pun. Yang mulia di sisi Allah swt adalah mereka mereka yang sedar diri bahawa dirinya hamba kepada Allah swt. Hebat di dunia bukan bererti hebat di akhirat.

Aku tak pedulu saper Tuan. Pada aku, apa yang penting adalah hidup secara berTuhan dan bukannya berTuan.

Tetap menjadi sajian ulat dan cacing jika hidup sombong di atas muka bumi.

La-een syakartom la-aziidannakom wa la-een kafartom inna 'azaabi laa syadeed.

No comments:

Post a Comment