TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Friday, August 6, 2010

MUAK DAN GELI GELEMAN DENGAN GELAGAT BEBERAPA KERAT PIMPINAN PAS



Buat sahabat sahabat yang sering bertanya kenapa saya jarang menulis sekarang - saya memohon kemaafan kerana kesempitan masa membuatkan saya jarang menjengah dunia blog nih.

InsyaAllah, bermula Ramadhan, mungkin akan ada sedikit kesempatan untuk saya menulis.

Bukan merajuk, cuma muak dengan gelagat beberapa kerat pimpinan PAS, baik Pemuda mahupun Pusat, berpolitik macam orang buta politik. Memegang jawatan di Pusat bukan bererti celik politik.

Orang bercakap...depa pun nak bercakap tetapi depa sendiri tak faham isu yang depa dok bercakap tu.

Orang menghentam..depa pun nak menghentam tetapi depa sendiri tak tau depa hala kat sapa peluru tu.

Orang berdemonstrasi...depa pun turun juga tetapi dok lepak kat kedai makan sambil tengok kawan kawan main kejar kejar dengan FRU.

Orang buat sidang akhbar...depa pun nak buat juga tetapi terkujat kujat dok jawab soalan wartawan.

Aku heran dengan pak kaduk pak kaduk nih. Tu pun jangan. lambat siang nak jadi pimpinan. PAS Selangor tetap macam PAS Selangor. PAS Penang tetap macam PAS Penang. PAS Wilayah tetap macam PAS Wilayah. PAS Terengganu tetap macam PAS Terengganu. Pemuda PAS Pusat toksah ceritalah. Lagi "hybrid".

Muhasabahlah wahai insan.....

Monday, July 26, 2010

SIAPA PENIPU DI ANTARA MUFTI HARUSSANI DAN DR HASSAN ALI ?




Sukar untuk menilai tahap kesetiaan Dr Hassan Ali dalam berpolitik terutamanya dalam kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apabila ditimbulkan isu "kerajaan perpaduang", isu "kerjasama UMNO PAS", isu "pertemuan UMNO PAS", isu "pertemuan dengan bloggers UMNO" dan isu isu yang sewaktu dengannya, pasti akan ada penglibatan Dr Hassan Ali.

Yang terkini, isu bertemu dengan Mufti Harussani yang kononnya diadakan atas paltform kerja dan tanggungjawab seorang Exco yang bertanggungjawab di atas hal ehwal Islam di Selangor.

Mufti Harussani menyanyikan rentak yang tersendiri manakala Dr Hassan Ali juga mempunyai rentak lagunya yang juga tersendiri sedangkan kedua duanya menyanyikan lagu yang mempunyai tajuk yang sama iaitu "Kita Bertemu".

Rentak siapa yang betul? Mufti Harussani atau Dr Hassan Ali?

Mufti Harussani tetap mempertahankan bahawa beliau tidak menipu dan Dr Hassan Ali pula tetap mempertahankan bahawa beliau bertemu bukan untuk membincangkan perpaduan UMNO PAS. Jadi, siapakah yang menipu?

Jawapannya, yang menipu itu adalah UMNO dan suku sakatnya iaitu mufti yang bersekongkol dengannya dan Exco yang begitu gila bayang dengannya.

Muhasabahlah wahai insan......

Friday, July 23, 2010

IBRAHIM ALI SEMAKIN HILANG AKAL



Ibrahim Ali mencadangkan pembubaran UMNO dan PAS jika kedua dua parti ini gagal membentuk kerjasama bagi menyatu padukan Melayu.

Sukar untuk kita baca pemikiran makhluk yang bernama Ibrahim Ali. Ibrahim itu indah. Ali itu juga indah. Malangnya, Ibrahim Ali tidak seindah namanya.

Siapa Ibrahim Ali untuk bercakap soal perpaduan Melayu? Dia adalah makhluk perosak di dalam UMNo dahulu. Dia juga makhluk perosak ketika menumpang di atas anak tangga milik PAS. Terkini, beliau juga yang menjadi makhluk prosak di dalam Dewan Rakyat.

Jika dibubarkan UMNO dan PAS, Ibrahim Ali mencadangkan diwujudkan satu parti baru yang berteraskan Islam dan nasionalisme Melayu.

Ketara benar betapa buta hatinya Ibrahim Ali. Minyak dan air boleh didekatkan tetapi tidak mungkin disatukan. Islam dan nasionalisme Melayu ibarat dua garis selari yang jalan beriringan dan tidak mungkin bertemu sampai bila bila pun.

Nampak sangat Ibrahim Ali cuba untuk mengambil kesempatan di atas suasana politik yang ada kini. Namun, wajib kita menyedari perangkap Ibrahim Ali kerana kita sudah terlalu faham sepak terajang politik makhluk yang bernama Ibrahim Ali ini.

Penyatuan dan perpaduan hanya akan dapat dicapai hanya dengan Islam dan berpandukan Islam. Tidak ada semangat nasionalisme yang mampu menyatukan semua bangsa.

Perpaduan yang kita inginkan adalah perpaduan bangsa Malaysia dan bukannya perpaduan Melayu sahaja dan perpaduan nasuional itu hanya akan dapat dicapai dengan Islam sebagai asas dan panduannya.

Ibrahim Ali...pergi jahanam dengan idea gampang lu tuh.

Muhasabahlah wahai insan......

Thursday, July 22, 2010

UMNO SUDAH KUAT : JADI APA PERLUNYA UNTUK TERHEGEH HEGEH MEMIKAT PAS ?




Najib Tun Razak kata ahli UMNO sudah mencecah 3.2 juta orang dan ini membuktikan UMNO sudah sangat kukuh dan kuat. Selain itu, angka itu juga membuktikan betapa salahnya dakwaan pembangkang yang sering menyebutkan bahawa rakyat benci dan meluat kepada UMNO.


Persoalan Pertama
Jika UMNO sudah kukuh dan kuat, apa motifnya untuk UMNO bersungguh sungguh memikat PAS dan meruntuhkan Pakatan Rakyat? Logik.

Persoalan Kedua
Pihak yang menang dan kuat mana mungkin menawarkan gencatan senjata kepada musuh yang sudah nyawa nyawa ikan. Jadi, yang kuat itu sebenarnya siapa? UMNO atau musuh UMNO? Yang nyawa nyawa ikan itu pula siapa? UMNO atau musuh UMNO? Logik.

Persoalan Ketiga
Memiliki ahli seramai 3.2 juta orang. Ini kelakar bulan merdeka 2010. Are you sure 3.2 million membership? Mungkin setelah dicampurkan dengan ahli yang sudah meninggal dunia, ahli yang sudah lompat parti, ahli ahli hantu, Myanmar, Pakistan, Filipina dan sebagainya barulah bertemu dengan angka 3.2 juta orang yang disebutkan itu.


Renungan
Ibarat artis yang mengaku "rumahtangga kami tidak bermasalah dan kami tetap bahagia" tetapi seminggu selepas mengeluarkan kenyataan tersebut gegak gempita bercerai berai menangis seantero Malaya. Begitu jugalah UMNO. Tak pasal pasal mengaku kuat sedangkan orang tak kata apa pun. Nak cover malulah tu. Dah tak lamalah tu.

Wednesday, July 21, 2010

ADA PEMIMPIN PAS YANG MACAM KAKAKTUA




Pedih dan letih. Itulah gambaran perasan ini selepas meneliti baris demi baris ulasan ulasan berkaitan agenda jahat penyatuan UMNO dan PAS baik daripada pemimpin UMNO, pencacai UMNO, keldai keldai tunggangan UMNO mahupun komen komen beberapa pemimpin PAS yang masih belum habis kenakalannya sejak lagu Kerajaan Perpaduan dinyanyikan dulu.

Islam mengajar kita untuk memberikan keadilan kepada semua pihak hatta kepada tumbuh-tumbuhan sekalipun. Islam tidak pernah mengajar kita untuk menaikkan sesuatu bangsa melebihi bangsa yang lain. Islam tidak pernah menganjurkan sesuatu bangsa itu lebih mulia kedudukannya berbanding bangsa yang lain.

Islam mengajar kita untuk menjadi adil dan tegas dalam setiap hal dalam kehidupan kita. Islam mengajar kita "MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN ORANG ORANG YANG BERSAMA SAMA DENGANNYA ADALAH ORANG ORANG YANG TEGAS KEPADA GOLONGAN YANG ENGKAR DAN BERKASIH SAYANG SESAMA GOLONGAN YANG BERSETUJU DI KALANGAN MEREKA".

Ertinya, pengkelasan itu sudah jelas. Tegas kepada golongan yang engkar dan lembut dengan golongan yang tunduk.

UMNO telah lama engkar dan akan terus menerus engkar. Terlalu banyak bukti yang boleh dijadikan hujah betapa engkarnya UMNO terhadap Islam walaupun rata rata ahli UMNO itu mempunyai nama bercirikan Arab. Keengkaran UMNO kepada Islam tidak pernah kunjung padam.

Jika ada yang berpandangan bahawa pertemuan dengan UMNO itu suatu kerja dakwah, wajarlah untuk orang yang berpandangan sebegini merenung sejarah Yahudi Madinah untuk diambil iktibar daripadanya. Adakah tindakan Rasulullah saw menghukum Yahudi Madinah itu boleh dianggap sebagai mengenepikan kerja dakwah?

Kenapa masih ramai pemimpin PAS yang sanggup menjadi jurucakap UMNO dalam mengutarakan idea idea jahat UMNO? Kenapa mereka tidak mahu mengeluarkan idea idea mereka sendiri sebelum UMNO bersuara? Kenapa lebih selesa mengeluarkan pandangan selepas UMNO membuka mulut? Apa beza diantara mereka mereka ini dengan Mufti Harussani? Sama sahaja. Mengeluarkan pandangan apabila timbul kekeliruan dan pandangan mereka itu akan membuatkan kekeliruan itu makin mengelirukan.

Muhasabahlah wahai insan......

NASIHAT BUAT PAS : JAUHILAH PERJUANGAN MATI PUCUK




Sedih apabila menyaksikan sikap dan perilaku ahli dan pimpinan PAS yang ada pada hari ini. Politik tidak lagi menjadi sebahagian daripada dakwah tetapi dakwah itu telah bertukar menjadi sebahagian daripada politik.

Kenapa begitu? Kerana kegagalan untuk menghidupkan sistem tarbiyyah haraki yang dulunya menjadi tunjang kekuatan PAS. Itu yang pertama.

Yang kedua, kegagalan pimpinan dan ahli PAS untuk mendidik jiwa bahawa perjuangan ini adalah jihad fi sabilillah dan bukan sekadar perjuangan dunia sahaja.

Ramai yang mampu menyebut "kita berjuang kerana Allah swt", namun berapa ramaikah yang memahami konsep "kerana Allah swt" itu? Menghayati dan mengamalkan tidaklah semudah menyebutkan. Begitu juga menyebutkan belum bererti sudah menghayati dan sudah mengamalkan.

Ramai di kalangan kita iaitu ahli dan pimpinan PAS berjuang demi tembolok sendiri. Termasuk juga bloggers tertentu. Berjuang demi keinginan "tuan" dan bukan lagi berjuang demi keredhaan Allah swt.

Ini membawa erti perjuangan yang sewajibnya kita pelihara kemurniannya telah dicemari oleh unsur unsur kemunafikan yang kotor yang bersumberkan diri kita sendiri.

Wujudnya kem kem tertentu dalam PAS adalah bukti betapa jauhnya kita daripada keredhaan Allah swt dan betapa dekatnya kita dengan lubang lubang kemunafikan itu.

Ahli bawahan berjuang untuk menaikkan pemimpin tertentu. Pemimpin tertentu berjuang untuk menduduki jawatan tertentu atau sekurang kurangnya untuk menjadi calon YB. Bloggers tertentu pula berjuang untuk menaikkan individu tertentu walaupun terpaksa menikam Mursyid al -'Am dan menikam bloggers yang lain.

Semua fenomena ini memang berlaku secara langsung di dalam PAS secara disedari oleh semua pihak. Namun, kerana rapuhnya pemahaman haraki membuatkan semua pihak hanya memandang sahaja dan langsung tidak bersuara. Bukan kerana tidak berani bersuara tetapi kerana tidak tahu apa yang perlu disuarakan. Perjuangan mati pucuk.

Akibat daripada hilangnya kefahaman haraki, maka terjadilah perjuangan tanpa halatuju walaupun halatuju itu ada tetapi hanya di atas kertas sahaja. Perlaksanaannya hancur. Berseminarlah. Berforumlah. Bermuzakarahlah. Selagi mana "lillaahi ta'ala" itu tidak dijadikan sebahagian daripada aqidah maka seminar akan tinggal seminar, forum akan tinggal forum dan muzakarah akan tinggal muzakarah.

Lihat sahaja kepada idea jahat UMNO yang mahukan PAS duduk bersama UMNO kononnya bagi menyatukan Melayu dan menguatkan Islam.

Seharusnya kita mengulang sebut pandangan Mursyid al - 'Am dan bukannya sibuk dengan butir bicara kita sendiri. Lebih malang lagi apabila ada di kalangan kita sendiri yang menyanggah pandangan Mursyid al - 'Am yang kita kasihi itu.

Perkara sebegini wajib diatasi dan diselesaikan oleh PAS jika PAS mahu melihat PAS terus tegak berdiri sebagai sebuah Gerakan Islam tetapi PAS boleh memilih untuk berdiam diri dalam soal ini jika PAS mahu dilihat sebagai sebuah parti politik semata mata.

PAS sibuk mencari ahli baru supaya keahlian PAS mencecah angka juta tetapi dalam masa yang sama juga amatlah perlu bagi PAS untuk mentarbiyyah ahli sedia ada supaya mereka menjadi kader kader yang mampu berada di barisan hadapan untuk menegakkan kalimah Allah swt di bumi Malaysia.

Jika gagal, bererti PAS bukan melahirkan kader kader tetapi melahirkan pandir pandir yang hanya tahu menikam tetapi tidak tahu merawat luka tikaman. Pandir pandir ini hanya berani menikam sesama sendiri tanpa mempedulikan bedilan musuh yang datang bertubi tubi.

Jauhilah perjuangan mati pucuk kerana perjuangan sebegitu hanya akan membuatkan PAS menjadi lebih rendah martabatnya berbanding UMNO.

Muhasabahlah wahai insan......

Monday, July 19, 2010

BUDAK EZAM KATA TGNA BUKAN PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR : AT LEAST BETTER THAN YOU YANG SAKIT JIWA



Ezam si pemungut kotak yang telah mendapat takhta itu meludah lagi. Kali ini kahak busuk miliknya diludahkan ke arah TGNA.

Katanya TGNA bukanlah pemimpin yang berjiwa besar kerana lebih mementingkan survival politik sendiri berbanding survival ummah. Pada Ezam, ummah itu adalah Melayu dan Melayu itu adalah ummah.

Entah siapalah yang mengajar Ezam dengan pandangan seperti tidak bersekolah ini.

Juga seperti Mufti Harussani, Ezam juga tidak perlu kita pedulikan kerana siapalah beliau di dalam perjuangan rakyat melainkan seorang pengkhianat yang akan dikenang sehingga kiamat.

Beliau memang diketahui suka meludah merata rata dan ramai sekali pemimpin UMNO yang beliau palitkan kahak ketika mana beliau berkubang di gelanggang perjuangan dahulu. Sekarang, kita berikan sahaja peluang kepada mamat pemungut kotak nih untuk menjilat semula kahak dan air liur basi yang beliau palitkan kepada UMNO suatu ketika dahulu.

Sabarlah wahai rakan seperjuangan sekalian kerana giliran untuk Ezam menjilat kembali kahak hijau miliknya yang beliau palitkan kepada kita pasti akan tiba jua akhirnya.

Muhasabahlah wahai insan......