TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Friday, February 18, 2011

AZMIN JANGAN BERLAGAK - PUNGGONG HANG PUN ADA TAIK MELELEH.



Agak lama tidak mengulas berkenaan situasi politik semasa. Malah, boleh dikatakan agak lama juga aku tidak menulis. Walaupun pelbagai perkara telah berlaku di serata dunia, semua itu tetap tidak menarik minatku untuk menulis. Aku lebih selesa menjadi pembaca sahaja.

Namun, ada satu perkara yang membuatkan tanganku ini gatal kembali - gelagat kaduk naik junjung makhluk yang bernama Azmin Ali.

Cerita panjang takde guna gak tentang mamat anai anai nih.

Buat Azmin :

1. Parti ko sendiri pun tunggang langgang kerana game ko - so ko tak yah nak berkokok lebih lebih.

2. Sejak bila dalam Pakatan ada Godfather? - so ko takyah nak perasan ko leh kawal komponen Pakatan kerana ko menang Timbalan Presiden PKR. Ko memang Timbalan Presiden PKR. Diulangi - PKR. Bukan Pakatan. So, jangan dok perasan sangatlah.

3. Sebelum ko nak sibuk hal kerusi, ko patut cermin dulu kekuatan yang ko ada - sampai bila parti ko cuma nak ada calon tapi takde petugas? Yang ramai ramai yang ada tu hanya pengikut bontot pemimpin dan bukannya petugas. So, jangan berlagak baguslah Azmin Ali.

Kalau aku nak tulis, byk lagi aku boleh tulis. Tapi cukup setakat nih dulu. Bukan apa, takut muntah hijau jer bercakap soal parti ko nih.

Sunday, December 19, 2010

MOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM "KAMI PRIHATIN" KE KAMPUNG ORANG ASLI POS SUNGAI PELANTOK



Assalamu alaikum......

Program "Kami Prihatin" Ke Perkampungan Orang Asli Pos Sungai Pelantok Sungai Siput akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29 - 30 Januari 2011
Hari : Sabtu - Ahad
Anjuran : Volunteers KL
Hubungi : 017 287 2398 Ahmad atau 010 225 4088 Azlan

Tajaan barangan dapur amat diharapkan. Satu set barangan dapur merangkumi beras 5kg, gula 1kg, tepung 1kg, sardin 2 tin, mee segera 1 dozen, sabun mandi 3 ketul dan serbuk pencuci = RM60.

Barangan dapur ini akan diagihkan kepada semua rumah yang terdapat di perkampungan tersebut yang dianggarkan berjumlah hampir 90 buah rumah.

SUMBANGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI

Friday, December 17, 2010

PERGI JAHANAM SAMA KETUANAN YANG KORANG CANANGKAN !!



Ada orang kata Ketuanan Islam tak sesuai sebab Islam bukan untuk dijadikan tuan tetapi Allah swt itulah yang menjadi Tuan. Tetapi dia kata Ketuanan Melayu tuh sesuai untuk masyarakat Malaysia berdasarkan konsep kemasyarakatan semasa. Whateverlah.

Ketuanan Melayu adalah Ketuanan Sultan dan bukannya Ketuanan UMNO. Bangang. Islam tidak mengizinkan suatu bangsa untuk berada di atas bangsa yang lain atas nama bangsa.

Islam ajar - semua manusia dijadikan daripada tanah dan akan kembali kpd tanah apabila maut datang menjemput - semua manusia akan dibangunkan di Mahsyar walau siapa pun dia - semua manusia akan dimasukkan ke neraka/syurga walau siapa pun dia berdasarkan amalan masing masing di dunia. So?

Tuntutan hukum Islam tidak ada pengecualian ke atas sesiapa pun. Yang mulia di sisi Allah swt adalah mereka mereka yang sedar diri bahawa dirinya hamba kepada Allah swt. Hebat di dunia bukan bererti hebat di akhirat.

Aku tak pedulu saper Tuan. Pada aku, apa yang penting adalah hidup secara berTuhan dan bukannya berTuan.

Tetap menjadi sajian ulat dan cacing jika hidup sombong di atas muka bumi.

La-een syakartom la-aziidannakom wa la-een kafartom inna 'azaabi laa syadeed.

Tuesday, November 9, 2010

PKR - TOLONG KARAM CEPAT SIKIT



Jangan mimpi nak ke Putrajaya jika masih gagal menghadami erti perjuangan. Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat dan bukannya perjuangan untuk menobatkan si anu si anu untuk menjadi Perdana Menteri. Ayam sereban pun tak larat nak jaga. Ada hati nak jaga ayam seladang. Cermin. Ukur baju badan sendiri.


PR hanya asyik mengira kerusi BN yg nak dirampas tetapi lupa untuk pertahankan kerusi yg menang. Ingat lg tak dengan pilihanraya 1999 dan 2003? Pastikan tidak berulang.

Sekarang kita dah ada 4 negeri. Satu dah terlepas angkara PKR juga. Tunjukkan kemampuan kita di 4 negeri tersebut. Ini tidak. Asyik asyik Putrajaya. Asyik asyik Putrajaya. Cukuplah sekali kami menonton drama 16 September. PAS dan DAP setakat nih OK. Begitu juga beberapa tokoh di dalam PKR seperti TS Khalid MB Selangor. Tetapi secara keseluruhannya PKR perlu muhasabah dari atas sampai bawah.

PR mampu mentadbir dengan baik di 4 negeri kerana MB/KM negeri negeri tersebut kurang berpolitik dan lebih tertumpu kepada gerak kerja memenuhi keperluan rakyat dalam usaha membuktikan PR mampu memberikan yang lebih baik berbanding BN. MB/KM ini tidak pernah pun sebut - Kita akan berarak ke Putrajaya - kerana mereka mengukur baju di badan sendiri.

Saper pun memerintah, rakyat tetap kena cari makan kerana bukan tanggungjawab krjn mana mana pun untuk suap nasi ke mulut rakyat. Apa yang kita mahukan adalah sistem pendidikan, kesihatan, kebajikan dan yang lain lain yang membuatkan rakyat berasa senang dan selesa walaupun tidak mewah.

So, sediakan payung sebelum hujan. Bukannya sibuk terjerit jerit "hujan nak turun" - "hujan nak turun" seperti sekarang. Fahamkan simbolik i tu?

PKR perlu lihat - Bagaimana mahu mendapatkan pentadbir atau penggubal undang2 yang ada jatidiri jika calon pilihanraya pun main tangkap muat jer.

Memang tak salah nak ke Putrajaya. Memang itu matlamat kita. Tetapi kapal pun bocor. Nak blayar macam mana? Yang bermimpi tu rakyat atau yang bermimpi Anwar? Rakyat belum lupa lagi drama 16 Sepetember. Dulu, ketika awal reformasi, rakyat ba...ngun membela beliau. Bila bebas, datuk datuk juga yang beliau cari. Anwar memang ikon perjuangan tetapi jangan berjuang kerana Anwar. Lambat laun, PKR akan jadi Semangat 46 juga. Sekurang kurangnya, PKR hanya akan tinggal "pemimpin" tetapi penyokong takde. Sebab tu ukur baju dibadan sendiri. Buat persediaan dengan betul. Bukannya berebut jawatan mengalahkan UMNO. Jangan sampai PR lebur macam mana leburnya BA dulu.

Perjuangan bukan setakat slogan. Perjuangan nih adalah kata kata yang dihidupkan, bukannya kata kata yang dislogankan. Aku tak minat nak komen tentang PKR nih tetapi jika mendatangkan kemudharatan kepada PR, itu sudah beyond the limit.

Sebab tu aku kata secara umumnya baju biru muda tapi otak biru pekat. PKR tu bagus tetapi makhluk perosak ramai sangat. Dari atas sampai bawah ada musang berbulu ayam. Kaki bodek dan kaki kipas ramai sangat. Tu belum kira kaki rembat dan kaki lompat. Dah macam tong sampah pun ada kadang kadang. Yang BN dan reject, PKR pungut dan dipotretkan sbg pemimpin perubahan. Gampang ya amat.....

Ada orang kata nak sampaikan kepada Anwar aku kutuk Anwar. Bagitaulah. Aku heran apa dengan Anwar. Dia pun manusia macam aku juga. Dia hanya ikon perjuangan. Bukannya matlamat perjuangan. Kalau tak boleh tahan panas dah pedih gegendang telingan, jangan masuk gelanggang. Perjuangan bukan puji dan bodek. Perjuangan adalah mendaulatkan kebenaran.

Pada aku, baik Anwar, baik Azmin mahupun Zaid - sama jer. Gopoh dan gelojoh.

Monday, November 8, 2010

DR ASRI YANG PERLU DIJAUHI


Semua orang mempunyai hak untuk mentafsir pandangan Dr Asri. Apabila semua orang menggunakan "hak" itu maka akan terhasillah pelbagai tafsiran yang pastinya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Pada aku, semuanya soal hati. Di mana "kita" sebelum kita membaca pandangan Dr Asri? Sudah membuat keputusan sebelum membaca atau membuat keputusan pro atau kontra itu selepas membaca?

Apa pun, berlapang dadalah dalam semua hal kerana Islam mengajar kita begitu. Sama ada Dr Asri mempunyai agenda atau tidak, itu soal yang kedua. Soal yang pertama adalah perhalusi pandangannya dengan mengenepikan sentimen dan persepsi.


Begitu juga dengan Dr Asri, dalam Islam segala galanya ada dua. Contohnya, halal-haram, dosa-pahala, syurga-neraka. Tidak ada pilihan ketiga kerana semuanya dua-dua. Jika ada yang ketiga di antara halal dan haram maka itu dipanggil syubhah atau Melayu sebut syubahat. Syubahat ini boleh jadi halal dan boleh jadi haram kerana tidak jelas dan kabur hukumnya dan elok dijauhi.


Dalam hal Dr Asri ni, eloklah beliau menyatakan pendiriannya tentang BN atau PR. Tidak ada istilah berkecuali dalam soal hukum. Menyokong dan membangkang (dalam masa yang sama) dalam keadaan tidak ada "stand", maka itulah batu api sebenarnya.

Dalam hal Dr Asri ni, eloklah beliau menyatakan pendiriannya tentang BN atau PR. Tidak ada istilah berkecuali dalam soal hukum. Menyokong dan membangkang (dalam masa yang sama) dalam keadaan tidak ada "stand", maka itulah batu api sebenarnya.

Wallahu a'lam.....

Thursday, November 4, 2010

PAKATAN TERUTAMANYA PAS WAJIB MUHASABAH BERMULA DARIPADA KEPALA SAMPAI KE EKOR


Tahniah kepada semua petugas Pakatan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun kemenangan di pihak musuh tetapi anda semua tetap berhak untuk dihargai. Anda meninggalkan keluarga, makan dan rehat semata mata untuk jihad ini. Pedulikan sesetengah pimpinan yang gagal memahami pengorbanan anda. Win the battle doesn't mean win the war. Let choose to win the war....


Jangan sesekali dikesali kekalahan ini. Kemenangan adalah ujian. Begitu juga dengan kekalahan. Terima dengan penuh keinsafan. Jika kita yakin sepenuhnya dengan kekuasaan Allah swt kita pasti tidak akan melatah. SPR memang berat sebelah. Manakala UMNO pula memang rasuah. Itu telah kita ketahui sejak dulu.


Sedihnya, kita melupakan faktor diri kita sendiri. Kita lupa memuhasabah diri kita sendiri. Muhasabahlah wahai teman teman dan pimpinan yang dikasihi. PAS adalah Gerakan Islam. Jangan jadikan PAS sebuah parti politik semata mata.

Tubuh yang tidak lagi bertenaga itu memberikan komitmen penuh di Galas. Keletihan terbayang di wajahnya. Dalam masa yang sama kesungguhan juga terukir di wajahnya. Bagaimanakah perasaannya ketika ini? Ya Allah.......

PEJABAT AGONG PAS TERBAKAR


Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

SUMBER