TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Thursday, September 30, 2010

UMNO DAN ORANG UMNO : SAMA SAMA LEBIH HINA DARIPADA LEMBU



UMNO memang suka menipu tak kira siapa dan yang sering ditipu tu hanyalah orang orang UMNO. Bodoh lebih pada lembu lagi depa nih.

Ada ka patut orang tua tu kata "tengok di tv depa kata duit tu duit judi...jadi kami pulangkan balik duit nih..kami tak mau"...sah orang UMNO pakcik nih.

Wednesday, September 29, 2010

PRK DUN GALAS : KULI : SIAPA SEMBELIH SIAPA ??



UMNO Pusat lantik Ku Li jadi Pengarah PRU DUN Galas bagi pihak UMNO. Dalam masa yang sama pula Ku Li pula sudah hilang nafsu dengan UMNO.

Siapa akan sembelih siapa? Ku Li akan sembelih Najib dan Muhyiddin di Galas atau Najib dan Muhyiddin akan sembelih Ku Li di Galas. Sama sama kita saksikan nanti......

UMNO : MUNAFIQ TAK SUDAH....




Dari hari ke sehari, semakin jelas wajah perkauman yang dimiliki oleh UMNO. Sebelum ini, UMNO menyembunyikan wajah perkaumannya di sebalik topeng PERKASA tetapi kini jelas dan nyata bahawa UMNOlah punca segala galanya.

Kisah komen jahat seorang pengetua sekolah, komen komen berkaitan kehadiran YB DAP ke masjid dan surau, isu kepala babi, isu modul kursus BTN, semuanya mempunyai kaitan dengan UMNO. Sekurang kurangnya, kita akan mendapati UMNO mempunyai hubungan langsung dengan sumber sumber tersebut.

Terkini, penglabelan mat sepet dan mat botol menerusi modul BTN. Ini bukanlah perkara baru tetapi sudah lama menjadi makanan sajian kepada peserta kursus kendalian BTN. Sangat mengejutkan apabila "Kabinet mengarah siasat". Tidak perlulah untuk UMNO berlagak suci dalam hal sebegini kerana masyarakat sangat maklum dengan kebusukan hati serta kejijikan minda milik UMNO.

Muhasabahlah wahai insan......

Jangan cerita panjang. Ibarat kata seorang bekas banduan, PENDEKKAN CERITA DAN PANJANGKAN TANGAN. Tukar undi.

UMNO.......busuklah. Ulama muda UMNO telah menjadi ularmak ularmak dajal yang menjadi syaitan bisu yang melata di atas muka bumi. Daripada mereka munculnya kekeliruan di kalangan masyarakat. Kita bertemu di hadapan Allah swt nanti wahai fathul Bari......anda busuk lagi membusukkan.

Saturday, September 25, 2010

YANG MENUJU KE KUBUR ITU UMNO




Muhyiddin dan Mahathir kelihatan sekata dalam menyuarakan "kebimbangan" mereka tentang terhakisnya kuasa Melayu jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Kerajaan Pusat selepas PRU Ke 13 nanti.

Kononnya, kekalahan UMNO akan turut menjadi kekalahan Melayu. Kejatuhan UMNO akan turut menjadi kejatuhan Melayu. Jika UMNO berkubur maka berkuburlah Melayu. Tiada lagi keindahan kata kata "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" jika UMNO tumbang.

Jelas kita dapat melihat betapa gusarnya UMNO dengan suasana politik Malaysia hari ini. UMNO sedar rakyat semakin menjauhkan diri daripada mereka. Satu satunya senjata yang UMNO miliki hanyalah "Melayu".

Nyanyikan sahaja lagu "Ketuanan Melayu Bakal Terhakis" maka berbondong bondonglah masyarakat Melayu akan bangkit dan berdiri di belakang UMNO. Suatu pendekatan yang cukup mudah untuk UMNO mengekalkan penjajahannya ke atas bumi Malaysia tercinta ini.

Tanpa disedari, UMNO sebenarnya telah tersalah dalam mentafsirkan hati budi Melayu. Bersyukur kepada Allah swt kerana Melayu telah kembali hidup di atas nilai nilai murni bangsa Melayu dengan adanya Pakatan Rakyat.

UMNO telah puluhan tahun menjadikan Melayu sebagai lembu yang dikerahkan untuk melakukan itu dan ini demi survival bangsa Melayu (kononnya). Namun, hakikatnya semua itu demi survival UMNO dan pemimpin UMNO yang bertopengkan pejuang bangsa.

Hari ini, Melayu telah kembali kepada jiwa melindungi yang lemah. Melayu kembali berdiri sebagai bangsa yang bermaruah kerana telah mampu mendengar dan berbincang dengan bangsa lain tanpa ada rasa prejudis.

Pakatan Rakyat tidak pernah menggadaikan kepentingan Melayu dan yang menggadaikan masa depan bangsa Melayu adalah UMNO yang seringkali mendakwa partinya sebagai parti keramat milik Melayu.

Melayu tidak akan kehilangan kuasa dengan terkuburnya UMNO. Malah, Melayu akan jadi lebih mulia tanpa UMNO.

Yang ditakuti oleh mereka adalah tumbangnya"mereka" bersama sama dengan UMNO. Jika UMNO tumbang, maka akan bercemperalah juak juak UMNO kerana pemimpin mereka pasti akan lari demi menyelamatkan harta berbillion ringgit yang dikaut menerusi pintu belakang ketika memerintah Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu.

Yang dirisaukan bukannya terhakisnya kuasa Melayu tetapi yang dirisaukan adalah "apa nak jadi dengan kroni kroni dan harta hartaku".

Jika benar UMNO mahu membela Melayu, kembalikan hak rakyat Kelantan yang dirampas secara kurang ajar dan biadap oleh UMNO sejak tahun 1990.

Muhasabahlah wahai insan.......

P/S : Macam tahu tahu jer UMNO dah nak masuk kubur.