TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Tuesday, November 9, 2010

PKR - TOLONG KARAM CEPAT SIKIT



Jangan mimpi nak ke Putrajaya jika masih gagal menghadami erti perjuangan. Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat dan bukannya perjuangan untuk menobatkan si anu si anu untuk menjadi Perdana Menteri. Ayam sereban pun tak larat nak jaga. Ada hati nak jaga ayam seladang. Cermin. Ukur baju badan sendiri.


PR hanya asyik mengira kerusi BN yg nak dirampas tetapi lupa untuk pertahankan kerusi yg menang. Ingat lg tak dengan pilihanraya 1999 dan 2003? Pastikan tidak berulang.

Sekarang kita dah ada 4 negeri. Satu dah terlepas angkara PKR juga. Tunjukkan kemampuan kita di 4 negeri tersebut. Ini tidak. Asyik asyik Putrajaya. Asyik asyik Putrajaya. Cukuplah sekali kami menonton drama 16 September. PAS dan DAP setakat nih OK. Begitu juga beberapa tokoh di dalam PKR seperti TS Khalid MB Selangor. Tetapi secara keseluruhannya PKR perlu muhasabah dari atas sampai bawah.

PR mampu mentadbir dengan baik di 4 negeri kerana MB/KM negeri negeri tersebut kurang berpolitik dan lebih tertumpu kepada gerak kerja memenuhi keperluan rakyat dalam usaha membuktikan PR mampu memberikan yang lebih baik berbanding BN. MB/KM ini tidak pernah pun sebut - Kita akan berarak ke Putrajaya - kerana mereka mengukur baju di badan sendiri.

Saper pun memerintah, rakyat tetap kena cari makan kerana bukan tanggungjawab krjn mana mana pun untuk suap nasi ke mulut rakyat. Apa yang kita mahukan adalah sistem pendidikan, kesihatan, kebajikan dan yang lain lain yang membuatkan rakyat berasa senang dan selesa walaupun tidak mewah.

So, sediakan payung sebelum hujan. Bukannya sibuk terjerit jerit "hujan nak turun" - "hujan nak turun" seperti sekarang. Fahamkan simbolik i tu?

PKR perlu lihat - Bagaimana mahu mendapatkan pentadbir atau penggubal undang2 yang ada jatidiri jika calon pilihanraya pun main tangkap muat jer.

Memang tak salah nak ke Putrajaya. Memang itu matlamat kita. Tetapi kapal pun bocor. Nak blayar macam mana? Yang bermimpi tu rakyat atau yang bermimpi Anwar? Rakyat belum lupa lagi drama 16 Sepetember. Dulu, ketika awal reformasi, rakyat ba...ngun membela beliau. Bila bebas, datuk datuk juga yang beliau cari. Anwar memang ikon perjuangan tetapi jangan berjuang kerana Anwar. Lambat laun, PKR akan jadi Semangat 46 juga. Sekurang kurangnya, PKR hanya akan tinggal "pemimpin" tetapi penyokong takde. Sebab tu ukur baju dibadan sendiri. Buat persediaan dengan betul. Bukannya berebut jawatan mengalahkan UMNO. Jangan sampai PR lebur macam mana leburnya BA dulu.

Perjuangan bukan setakat slogan. Perjuangan nih adalah kata kata yang dihidupkan, bukannya kata kata yang dislogankan. Aku tak minat nak komen tentang PKR nih tetapi jika mendatangkan kemudharatan kepada PR, itu sudah beyond the limit.

Sebab tu aku kata secara umumnya baju biru muda tapi otak biru pekat. PKR tu bagus tetapi makhluk perosak ramai sangat. Dari atas sampai bawah ada musang berbulu ayam. Kaki bodek dan kaki kipas ramai sangat. Tu belum kira kaki rembat dan kaki lompat. Dah macam tong sampah pun ada kadang kadang. Yang BN dan reject, PKR pungut dan dipotretkan sbg pemimpin perubahan. Gampang ya amat.....

Ada orang kata nak sampaikan kepada Anwar aku kutuk Anwar. Bagitaulah. Aku heran apa dengan Anwar. Dia pun manusia macam aku juga. Dia hanya ikon perjuangan. Bukannya matlamat perjuangan. Kalau tak boleh tahan panas dah pedih gegendang telingan, jangan masuk gelanggang. Perjuangan bukan puji dan bodek. Perjuangan adalah mendaulatkan kebenaran.

Pada aku, baik Anwar, baik Azmin mahupun Zaid - sama jer. Gopoh dan gelojoh.

5 comments:

  1. Bagi aku PKR dan UMNO sama jer.....lagi baik PKR masuk BN.....

    ReplyDelete
  2. moga2 bubarlah hendaknya PKR dan bersatulah orang melayu bawah parti UMNO. Tinggalkan Anuar dan Azmin dengan segera supaya selamatlah malaysia. Lagi pun banyak dalam PKR tu orang UMNO jadi jangan tunggu lama2 lagi cepat cabut lari kerana kapal PKR dah karam.

    ReplyDelete
  3. Moga2 UMNO pun lenyap terus dan semua MELAYU ISLAM masuk PAS.

    ReplyDelete
  4. apa pandangan pemimpin pas terhadap pkr?

    ReplyDelete
  5. Soal bubar PKR dan masuk UMNO tu tak timbul langsung.

    ReplyDelete