TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Wednesday, July 21, 2010

ADA PEMIMPIN PAS YANG MACAM KAKAKTUA




Pedih dan letih. Itulah gambaran perasan ini selepas meneliti baris demi baris ulasan ulasan berkaitan agenda jahat penyatuan UMNO dan PAS baik daripada pemimpin UMNO, pencacai UMNO, keldai keldai tunggangan UMNO mahupun komen komen beberapa pemimpin PAS yang masih belum habis kenakalannya sejak lagu Kerajaan Perpaduan dinyanyikan dulu.

Islam mengajar kita untuk memberikan keadilan kepada semua pihak hatta kepada tumbuh-tumbuhan sekalipun. Islam tidak pernah mengajar kita untuk menaikkan sesuatu bangsa melebihi bangsa yang lain. Islam tidak pernah menganjurkan sesuatu bangsa itu lebih mulia kedudukannya berbanding bangsa yang lain.

Islam mengajar kita untuk menjadi adil dan tegas dalam setiap hal dalam kehidupan kita. Islam mengajar kita "MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN ORANG ORANG YANG BERSAMA SAMA DENGANNYA ADALAH ORANG ORANG YANG TEGAS KEPADA GOLONGAN YANG ENGKAR DAN BERKASIH SAYANG SESAMA GOLONGAN YANG BERSETUJU DI KALANGAN MEREKA".

Ertinya, pengkelasan itu sudah jelas. Tegas kepada golongan yang engkar dan lembut dengan golongan yang tunduk.

UMNO telah lama engkar dan akan terus menerus engkar. Terlalu banyak bukti yang boleh dijadikan hujah betapa engkarnya UMNO terhadap Islam walaupun rata rata ahli UMNO itu mempunyai nama bercirikan Arab. Keengkaran UMNO kepada Islam tidak pernah kunjung padam.

Jika ada yang berpandangan bahawa pertemuan dengan UMNO itu suatu kerja dakwah, wajarlah untuk orang yang berpandangan sebegini merenung sejarah Yahudi Madinah untuk diambil iktibar daripadanya. Adakah tindakan Rasulullah saw menghukum Yahudi Madinah itu boleh dianggap sebagai mengenepikan kerja dakwah?

Kenapa masih ramai pemimpin PAS yang sanggup menjadi jurucakap UMNO dalam mengutarakan idea idea jahat UMNO? Kenapa mereka tidak mahu mengeluarkan idea idea mereka sendiri sebelum UMNO bersuara? Kenapa lebih selesa mengeluarkan pandangan selepas UMNO membuka mulut? Apa beza diantara mereka mereka ini dengan Mufti Harussani? Sama sahaja. Mengeluarkan pandangan apabila timbul kekeliruan dan pandangan mereka itu akan membuatkan kekeliruan itu makin mengelirukan.

Muhasabahlah wahai insan......

No comments:

Post a Comment