TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Tuesday, July 13, 2010

PKR : BERJUANGLAH SECARA BERMARUAH

Rakyat begitu bersemangat mahu menumbangkan BN khususnya UMNO yang selama ini menjadi duri dalam daging keharmonian kamu di Malaysia.

Rakyat begitu bersemangat mahu melihat berdirinya bangsa Malaysia tanpa perlu ada sedikit pun rasa prejudis terhadap kaum lain.

Rakyat begitu bersemangat mahu melihat nilai nilai keagamaan, adat dan budaya setiap kaum itu dihormati.

Biar berbeza agama. Biar berbeza warna kulit. Biar berbeza ras keturunan. Yang penting, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Yang susah, dibantu. Yang senang, dididik untuk memimpin kehidupan yang susah.

Bertitik tolak di atas perasaan dan naluri sebegitulah maka rakyat bangkit dan menumbangkan BN. Tidak kira siapa yang menjadi calon. Tidak kira parti apa yang bertanding. Rakyat pasti menolak BN.

Kemenangan dicapai dengan penuh kegemilangan. BN seperti hilang arah dalam menelan kepahitan kekalahan. Luka dihati BN bertukar menjadi lara yang bertimpa timpa apabila turut menerima kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pilihanraya kecil.

Malangnya, kemenangan yang dicapai akhirnya menjadi satu ujian jatidiri yang gagal apabila beberapa kerat "pemimpin" yang tiada jatidiri menjadikan maruah diri dan maruah perjuangan mereka lebih hina daripada perkara yang paling hina.

Mereka melacurkan jatidiri mereka. Mereka melacurkan maruah diri mereka. Mereka melacurkan maruah perjuangan mereka. Sehingga kiamat mereka akan dikenang sebagai pengkhianat rakyat walaupun mereka dengan penuh "keinsafan" (baca sebagai muka toya) mengumumkan mereka tersalah memilih jalan dalam memperjuangkan amanah rakyat.

Cukuplah wahai sesumpah. Rakyat sudah muak dengan gelagat anda. Elok sahaja parti anda dilelong seperti mana Semangat 46 pernah dilelong suatu ketika dulu. Luka di hati rakyat semakin parah kerana apabila ada yang melompat, pasti dari parti anda. Jika ada yang umum keluar parti, pasti dari parti anda. Jika ada yang umum mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas, maka pasti juga dari parti anda.

Sampai bila? Jangan sampai rakyat menyembelih Pakatan Rakyat kerana bencikan parti anda sebagaimana rakyat menyembelih BN kerana bencikan UMNO.

Binalah jatidiri penuh maruah di dalam jiwa pimpinan pelbagai peringkat di dalam parti anda supaya luka yang semakin parah itu menjadi sembuh sebelum rakyat mengambil keputusan untuk bangkit menentang anda.

PKR....berubahlah. Hentikanlah politik publisiti yang anda imani itu kerana semakin kuat berkokok semakin berbau najis sendiri. Jangan dihebohkan najis dipunggng orang lain jika punggong sendiri pun najis bertempek tempek.

Ingat..anda bukan lagi UMNO. Kini anda adalah PKR. Buang jauh perangai dan sikap anda ketika anda berada di dalam UMNO dahulu supaya PKR tidak menjadi UMNO di dalam Pakatan Rakyat.

Muhasabahlah wahai insan......

No comments:

Post a Comment