TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Monday, July 26, 2010

SIAPA PENIPU DI ANTARA MUFTI HARUSSANI DAN DR HASSAN ALI ?




Sukar untuk menilai tahap kesetiaan Dr Hassan Ali dalam berpolitik terutamanya dalam kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apabila ditimbulkan isu "kerajaan perpaduang", isu "kerjasama UMNO PAS", isu "pertemuan UMNO PAS", isu "pertemuan dengan bloggers UMNO" dan isu isu yang sewaktu dengannya, pasti akan ada penglibatan Dr Hassan Ali.

Yang terkini, isu bertemu dengan Mufti Harussani yang kononnya diadakan atas paltform kerja dan tanggungjawab seorang Exco yang bertanggungjawab di atas hal ehwal Islam di Selangor.

Mufti Harussani menyanyikan rentak yang tersendiri manakala Dr Hassan Ali juga mempunyai rentak lagunya yang juga tersendiri sedangkan kedua duanya menyanyikan lagu yang mempunyai tajuk yang sama iaitu "Kita Bertemu".

Rentak siapa yang betul? Mufti Harussani atau Dr Hassan Ali?

Mufti Harussani tetap mempertahankan bahawa beliau tidak menipu dan Dr Hassan Ali pula tetap mempertahankan bahawa beliau bertemu bukan untuk membincangkan perpaduan UMNO PAS. Jadi, siapakah yang menipu?

Jawapannya, yang menipu itu adalah UMNO dan suku sakatnya iaitu mufti yang bersekongkol dengannya dan Exco yang begitu gila bayang dengannya.

Muhasabahlah wahai insan......

2 comments:

  1. salam
    seingat saya siapa yg melintang arus dipancung dalam umno saja..rupanya dlm PAS lagi teruk..buka ja sayap nak terbang terus tembak..tengok2 ayam peliharaan..disangkakan ayam hutan..mcm tu punya hal rasa2 kenduri ke 13 tak ada lauk dah..

    ReplyDelete