TEMAN TEMAN SEFIKRAH

Monday, July 12, 2010

DR ASRI : RENUNGAN BUAT PAS



Akhbar hari ini membicarakan perihal kebarangkalian Dr Asri Zainal Abidin menyertai UMNO. Dalam masa yang sama, akhbar yang sama juga menyiarkan penafian Dr Asri Zainal Abidin berkaitan khabar angin tersebut.

Antara hujah beliau ialah beliau kenal rapat dengan almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, mantan Presiden PAS.

Pada penulis, masuk UMNO pun masuklah. Tak masuk UMNO pun tak masuklah. Masuk PAS pun masuklah. Tak masuk PAS pun tidak mengapa.

Fenomena kebanjiran tokoh dalam jemaah amatlah perlu diberikan perhatian oleh pimpinan. Tokoh tokoh ini kebiasaannya membina ketokohan masing masing di luar jemaah.

Apabila menyertai jemaah, mereka kerap kali gagal mengikut aturan aturan yang ada di dalam jemaah. Mereka kerap kali membina jemaah dalam jemaah dan ini sangat tidak baik kepada jemaah dari sudut jangka panjang.

Apa yang mahu penulis lontarkan di sini adalah betapa perlunya untuk PAS mempunyai suatu institut pemikir yang mampu "menjemaahkan" pemikiran setiap kader kadernya tidak kira ahli biasa mahupun pimpinan atasan supaya yang terkeluar daripada mulut mereka itu hanyalah pendirian dan pandangan jemaah dan bukannya pandangan mahupun pendirian peribadi yang mahu "dijemaahkan".

Muhasabahlah wahai insan......

2 comments:

  1. 1.tahniah!kalam jamil jiddan.
    2.institut pemikir cadangan saudara tu sangat penting
    3.apa kata agenda pertama pemikiran kita adalah bagaimana kita nak tarik sebanyak-banyak mungkin melayu kepada pas dan pakatan . Dan kalau kita sukses maka kitalah the better melayu. Dan memastikan mereka meninggalkan umno selamanya tanpa perlu ada rasa kasihan pada umno lagi ...

    ReplyDelete
  2. Ana setuju. Tunggu kertas kerja untuk cadangan tuh.

    ReplyDelete